Thursday, October 6, 2011

Rumah Melayu adalah salah satu warisan yang masih terdapat di Balik Pulau. Terdapat pelbagai rekabentuk rumah Melayu yang dapat dilihat dan keunikannya terletak pada kemahiran si pembuatnya ataupun dipanggil tukang rumah.
Bumbung zink lebih senang dipasang dan lebih tahan lama dari atap. Manakala bumbung tanah liat akan lebih sejuk berbanding zink. Rumah yang dindingnya beranyaman adalah lebih tua usianya daripada dinding yang kayu atau batu. Dinding yang beranyaman biasanya diperbuat daripada buluh.
Dahulu tiang-tiang rumah Melayu tidak dipaku tetapi diselak. Tiang rumah Melayu diperbuat dari pokok cengal batu.
Tingkap rumah melayu mempunyai  liang pengudaraan diatas tingkap. Tingkap rumah melayu juga mempunyai dua daun tingkap. Tingkap kekisi dapat memberi pengudaraan tetapi dapat menghalang cahaya dari masuk.

No comments:

Post a Comment